"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan TuhanMulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." - Surah Al-Alaq (1-5)

15/12/2014

Simulasi Litar Arduino Menggunakan Perisian Proteus - Siri 1

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Pada hari ini saya ingin berkongsi cara membuat simulasi litar Arduino menggunakan perisian Proteus.
Saya menggunakan Proteus 8 (latest) sebagai contoh dan IDE Arduino 1.5.7 ERW untuk menulis aturcara Arduino.

Saya akan membuat satu litar yang ringkas dahulu sebagai permulaan.

Litar Skematik guna Proteus
Operasi litar saya adalah: Apabila suis push-button ditekan, 3 LED yang berlainan warna akan menyala secara bergilir-gilir mengikut turutan. BLUE (1 saat), diikuti warna RED (1 saat) dan kemudian warna YELLOW (1 saat). Selepas itu, semua LED akan padam. Alaa, macam konsep running light..

Sebelum anda mula melukis litar skematik ini, pastikan perisian libraries Proteus anda telah ditambah dengan litar Arduino. Macam mana nak check? Jangan risau.. Saya akan tunjuk step-by-step..

Gambarajah 1 - Component Mode
Ok. Jika anda lihat gambar di atas, ada button yang menunjukkan Component Mode (dalam box merah, bawah anak panah). Klik button tu kemudian gerakkan mouse anda ke huruf P (dalam box kuning). Klik dan splash screen seperti di bawah akan muncul.

Splash Screen
Jika ada tertulis perkataan Emulator, maknanya Library Proteus anda telah diupdate. Bagi yang tiada, anda boleh muat turun fail ini dan ikut arahan yang terdapat di dalam fail tersebut.


~bersambung..




08/09/2014

Arduino & Ultrasonic Module (HC SR-04)

 

Modul Ultrasonic menggunakan konsep sonar seperti mana yang digunakan oleh tentera untuk mengukur jarak di antara objek dengan kapal mereka. 

Konsep Sonar
Untuk tutorial kali ini, kami akan menunjukkan bagaimana Arduino UNO akan di"attach" bersama modul ultrasonic ini akan menghasilkan litar yang "awesome dan cool".

Litar ini akan menyalakan LED jika objek berada di antara julat 7 cm hingga ke 10 cm. Jika jarak objek lebih dari 10cm atau kurang dari 7 cm, LED akan OFF. Ayuh kita mencuba

Peralatan yang diperlukan:
  1. Arduino UNO
  2. Ultrasonic Module HC SR-04
  3. Cable
  4. LED
  5. Perintang 220 ohm
HC-SR04
 Untuk HC SR-04 modul, sila sambung ikut senarai di bawah:
  1. Vcc sambung ke 5V Arduino
  2. Gnd sambung ke GND Arduino
  3. Echo sambung ke kaki 7 Arduino
  4. Trig sambung ke kaki 8 Arduino
Untuk perintang dan LED pula, sambung secara series ikut turutan berikut:
   Kaki 6 UNO - Perintang - Positive LED - Negative LED - GND


Sambungan litar

Untuk coding arduino, macam biasa, anda copy paste coding di bawah.

#define echoPin 7
#define trigPin 8  

#define LEDPin1 6
int maxJarak = 10;

int minJarak = 7;  
long masa, jarak;

void setup()
  {
   Serial.begin(9600);         
  
   pinMode(trigPin, OUTPUT);    
   pinMode(echoPin, INPUT);     
   pinMode(LEDPin1, OUTPUT);  
   }

void loop()
  {

 digitalWrite(trigPin, LOW);       

delay(300);                

 digitalWrite(trigPin, HIGH);    
 delay(300);                   

 digitalWrite(trigPin, LOW);    
 masa = pulseIn(echoPin, HIGH); 

 jarak = masa/58.2;              


 if (jarak >= maxJarak || jarak <= minJarak) 
 {

     Serial.print(jarak);       

     Serial.println("  cm");
     Serial.println("LED OFF");
     digitalWrite(LEDPin1, LOW);
    
 }

 else
 {

 Serial.print(jarak); 
 Serial.println("  cm");
 Serial.println("LED ON");
 digitalWrite(LEDPin1, HIGH);
  }

 delay(1000);
  }


Anda juga boleh menggunakan paparan LCD untuk memaparkan jarak seperti mana yang Serial Communication anda paparkan.

Serial Communication?? Apa kejadah??!!


Sila tanya lebai Google. Anda akan dapat jawapannya.


Jumpa lagi! Selamat  mencuba!

 

18/04/2014

Tutorial 2: Paparan LCD Menggunakan Arduino UNO

Dengan menggunakan Arduino dan juga LCD Module, anda boleh menghasilkan paparan teks yang menarik. Selain daripada buzzer dan juga LED, paparan teks juga amat penting untuk memberi info kepada orang ramai. Paparan LCD atau lebih dikenali sebagai LCD Display ini pasti akan dapat memberi nilai tambah kepada projek anda.

Komponen yang diperlukan adalah seperti:
  1. Arduino Board 
  2. LCD Screen Module
  3. Perintang boleh laras 10k Ohm
  4. Bread board
  5. Connector cable 

1602 LCD Display


Arduino UNO

Perintang boleh laras
Bread board

Sambung connector cable di antara LCD Module dengan Arduino seperti senarai di bawah:
  • LCD RS dengan pin 12 Arduino
  • LCD Enable dengan pin 11 Arduino
  • LCD D4 dengan pin 5 Arduino
  • LCD D5 dengan pin 4 Arduino
  • LCD D6 dengan pin 3 Arduino
  • LCD D7 dengan pin 2 Arduino
Untuk mengwal kecerahan (intensity) LCD, sambungkan VR 10k ohm dengan pin 5V dan GND Arduino. Keluaran VR (tengah) pula disambungkan pada pin ke-3 LCD Module.
 
Sambungan litar antara Arduini dan LCD Module
Taip code Arduino seperti gambar dibawah:

Code Arduino

SELAMAT BERJAYA!

17/03/2014

Apa Itu ARDUINO?

Arduino adalah sejenis microcontoller yang amat popular pada waktu ini. Setanding dengan PIC16F dan PIC18F, Arduino adalah salah satu mikro pengawal yang wajar untuk dipertimbangkan semasa membuat pemilihan ketika membuat projek akhir. 

Berasaskan platform open source, Arduino semakin mendapat perhatian pereka-cipta dan researcher. Penulisan coding yang mudah, mampu "bekerja" dengan lain - lain litar dan harga yang mampu milik menjadikan Arduino menjadi pilihan utama waktu ini.

Terdapat beberapa laman web yang boleh dijadikan rujukan utama untuk Arduino seperti arduino.cc dan myduino. Ini memudahkan lagi perekacipta untuk menghasilkan projek yang menarik dan berkualiti. Untuk e-book pula, saya menyarankan agar pengguna beginner @ newbies merujuk buku Arduino Cookbook yang boleh dimuat turun di website terpilih.

Arduino Cookbook

Bagi permulaan, anda bolehlah mencuba Arduino UNO yang berharga RM70.00 (maksimum). UNO mempunyai 5 input analog dan 13 output digital + analog + PWM. 

Walaupun terdapat jenis - jenis Arduino yang berlainan, pada pendapat saya, UNO adalah sangat berbaloi bagi pelajar yang mahu mula berjinak - jinak dengan pengawal ini. Percayalah, anda akan mendapati Arduino jauh lebih mudah dari PIC!!


Arduino UNO

Arduino IDE

Untuk membeli Arduino secara online, anda boleh merujuk laman berikut:
  1. Cytron
  2. myduino
  3. RS online