"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan TuhanMulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." - Surah Al-Alaq (1-5)

20/03/2015

Pemilihan Motor



Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Saya sering ditanya melalui email mengenai spesifikasi motor dan jenis motor yang sesuai digunakan untuk pelajar projek akhir. Jadi, untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai motor. Terdapat beberapa jenis motor yang ada di pasaran, antaranya ialah:

  1. DC Brush Motor
  2. DC Geared Motor
  3. Stepper Motor
  4. Servo Motor
Sebelum membeli apa - apa jenis motor, anda mesti faham operasi untuk kesemua jenis motor tersebut. Elakkan diri anda ditipu oleh peniaga!! Di sini saya ingin membuat sedikit rumusan tentang 4 jenis motor di atas.

DC Brush Motor
  • Watt yang pelbagai (rendah, sederhana & tinggi)
  • Berprestasi tinggi
  • Kestabilan yang terbaik
  • Biasa digunakan untuk robot dan industri
  • Harga dalam julat RM400++ dan ke atas
DC Geared Motor


  • Motor yang sangat popular untuk pelajar projek akhir
  • Watt yang rendah
  • Agak stabil
  • Harga dalam julat RM30 dan ke atas (ikut Watt)
  • Pastikan anda beli ikut rpm (rotation per minute) yang betul. Semakin tinggi rpm, torque motor semakin rendah. Jika anda mahu gunakan motor ini untuk mengangkat atau menggerakkan  barang, pastikan torque motor bersesuian. Carilah motor yang low rpm.
Stepper Motor

Stepper Motor 1
Stepper Motor 2
  • Motor berpusing mengikut step atau fasa
  • Contoh: Jika anda beli stepper motor yang berspesifikasi 4 step, ini bermaksud motor akan bergerak dari 0 darjah dan terus ke 90 darjah (360/4 step), delay, kemudian bergerak dari 90 ke 180 (90+90), delay. dari 180 ke 270 (180+90) dan sehinggalah motor kembali ke 0 darjah
  • Motor yang jarang-jarang digunakan
  • Harga bergantung pada berapa banyak step. Semakin tinggi step, semakin mahal
  • harga dalam julat RM50 dan ke atas


 Servo Motor
  • Berbanding dengan motor lain yang boleh berpusing 360 darjah, motor ini berputar dari 0 ke 180 darjah sahaja
  • Motor boleh bergerak mengikut sudut yang ditetapkan pada program (Arduino/PIC)
  • Contoh, jika saya mahu motor berputar dari 0 ke sudut 43 darjah, saya hanya perlu taip myservo.write(43) dan letak sedikit delay (300ms)
  • Speed agak perlahan tetapi torque MENGAGUMKAN!
  • Motor yang amat - amat - amat berguna
  • Harga dalam julat RM40 dan ke atas

Adalah amat penting untuk anda tahu aplikasi litar sebelum membeli motor. Jika anda meminta pendapat peniaga mengenai jenis motor, anda seolah - olah meletakkan leher untuk mereka sembelih kerana mereka pasti akan menjual motor yang susah untuk mereka jual. Jadi, make sure anda ada spesifikasi motor yang sesuai sebelum ke kedai elektronik.