"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan TuhanMulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." - Surah Al-Alaq (1-5)

24/04/2017

Tutorial 14 - Arduino & Gas Sensor



Apa khabar kepada semua pembaca - pembaca setia blog saya? Mudah - mudahan dirahmati Allah sentiasa lah ye.. Rasanya dah hampir 3 bulan saya tidak update apa - apa dalam blog ini. Maaf sekiranya ada yang ternanti - nanti berkaitan tutorial terbaru dalam blog ini. Saya menghadapi kesibukan yang amat luar biasa berikutan tempahan projek dari pelajar diploma politeknik yang telah pun selamat membuat pembentangan akhir projek mereka pada bulan 3 lepas. Alhamdulillah, kini saya ada sedikit kelapangan untuk berkongsi dengan anda semua tutorial terbaru saya iaitu Gas Sensor.

Gas sensor adalah satu instrumen yang digunakan untuk mengesan kehadiran sesuatu jenis gas yang wujud dalam persekitaran. Saya sering ditanya oleh pelajar, bolehkah saya mengukur jumlah gas mengunakan gas sensor? Jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI. Ini kerana, gas sensor digunakan hanya untuk mengesan kewujudan gas, bukannya mengukur ketumpatan / jumlah gas. Ada beza tu ye..

Terdapat pelbagai jenis gas sensor yang ada dipasaran. Kepelbagaian ini adalah disebabkan wujudnya banyak jenis gas yang ada di persekitan kita. Semua gas sensor mempunyai kod produk yang tersendiri. Kod produk gas sensor adalah MQ-X. Abjad "X" adalah merujuk kepada jenis gas yang ingin dikesan. Di sini, saya akan membuat senarai ringkas berkaitan jenis - jenis gas sensor yang ada dipasaran:

  • MQ-2  :  General combustible gas
  • MQ-3  :  Gas alkohol
  • MQ-4  :  Gas metana dan CNG ( compressed natural gas )
  • MQ-5  :  LPG ( gas memasak) & gas natural
  • MQ-6  :  LPG ( gas memasak), gas butana & gas propana
  • MQ-7  :  Gas karbon monoksida
  • MQ-8  :  Gas hidrogen
Gas sensor module

Cadangan Projek:

Saya ingin membuat satu alat / device yang mengesan kebocoran gas memasak (LPG) di dapur. Apabila terdapatnya kebocoran gas, kipas ekzos yang terdapat di dapur akan berfungsi secara automatik ( bertujuan untuk menyedut gas LPG ini keluar dari rumah ) sehinggalah tiada lagi gas LPG dikesan.

Komponen / Peralatan

  1. Arduino UNO
  2. MQ-5 gas sensor module
  3. 5V Relay
  4. Kipas Ekzos
Cara Sambungan

Jika diperhatikan, gas sensor module ini boleh digunakan dalam 2 cara, iaitu secara digital atau analog. Oleh sebab itu, sensor ini didatangkan dengan 4 pin yang perlu disambung kepada Arduino. Dari 4 pin ini, kita hanya perlu sambung 3 sahaja bergantung pada kaedah yang ingin kita gunakan, sama ada digital atau analog. Rujuk rajah dibawah.

Bagi projek ini, saya ingin menggunakan kaedah digital sahaja. Tidak menjadi satu kesalahan jika anda ingin menggunakan pengesanan kaedah analog. Tak berdosa pun!

Jadi, sambungannya adalah seperti ini:

  • Vcc ( module ) ---- 5V ( Arduino )
  • GND ( module ) ---- GND ( Arduino )
  • DOUT ( module ) ---- Pin 2 ( Arduino )
Sambungan relay module pula adalah seperti di bawah
  • IN ( relay ) ---- Pin 8 ( Arduino )
  • GND ( module ) ---- GND ( Arduino )
  • Vcc ( module ) ---- 5V ( Arduino )



    Sambungan relay module sebagai suis bagi kipas ekzos
    Aturcara:



    1
     2
     3
     4
     5
     6
     7
     8
     9
    10
    11
    12
    13
    14
    15
    16
    17
    18
    19
    20
    21
    22
    23
    const int Gas_Sensor = 2;
    const int fan_relay =  8;
    int Gas_state = 0;
    
    void setup()
    {
      pinMode(fan_relay, OUTPUT);
      pinMode(Gas_Sensor, INPUT);
    }
    
    void loop() 
    {
      Gas_state = digitalRead(Gas_Sensor);
    
      if (Gas_state == HIGH) 
      {
        digitalWrite(fan_relay, HIGH);
      }
      else 
      {
        digitalWrite(fan_relay, LOW);
      }
    }
    

    SELAMAT MENCUBA!!