13 January 2016

Tutorial 6 - Arduino + 433MHz Radio Frequency (RF) Transmitter & Receiver

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA.

Seperti yang janjikan pada post sebelum ini, saya akan menerangkan tentang cara mengawal output menggunakan kaedah wireless. Kali ini, saya memilih alat / komponen asas dalam telekomunikasi  iaitu Radio Frequency.

433MHz RF Transmitter - Receiver
Untuk pengetahuan anda, RF banyak digunakan pada alat kawalan jauh (remote control) seperti TV, penghawa dingin, kipas dan juga alat keselamatan kereta. Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah lebih baik kita mengenal secara mendalam tentang RF Transmitter - Receiver.

Transmitter (Tx): 

Voltan Kendalian : 3V hingga 12V  (untuk kuasa maksimum, guna 12V)
Arus Kendalian: 9mA hingga 40mA
Mod Resonan: Surface Acoustic Wave
Mod Modulasi: Amplitude Shift Keying
Frekuensi Kendalian: 433MHz
Kuasa Penghantaran: 25mW (433MHz pada 12V)
Ralat Frekuensi: +150kHz (maksima)
Halaju Gelombang :  kurang dari 10Kbps

Receiver (Rx):

Voltan Kendalian: 5.0VDC +0.5V
Arus Kendalian: maksima 5.5mA
Mod Nyahmodulasi: On Off Keying / Amplitude Shift Keying
Frekuensi Kendalian: 315MHz hingga 433.92MHz
Lebar jalur: 2MHz
Halaju Penghantaran: <9.6Kbps (pada 315MHz dan -95dBm)


Jika di lihat pada spesifikasi di atas, kita boleh membuat kesimpulan yang dengan menggunakan RF Tx-Rx ini, jarak maksimum antara Tx dengan Rx boleh dikawal sejauh 100 meter!! What??!! Ya. 100 meter. Jarak 100 meter hanya boleh dicapai jika tiada halangan seperti dinding, pokok atau bangunan. Atau dalam kata lain, KAWASAN TERBUKA ler.. Jika ada halangan antara Tx dan Rx, maka jarak maksima 100 meter tidak mampu dicapai.

Untuk projek kali ini, saya akan menggunakan 2 Arduino (satu untuk transmit data dan satu lagi untuk receiver) untuk menyalakan LED. Jika bahagian Rx menerima isyarat yang dihantar oleh Rx, LED pada pin 13 (onboard) akan berkelip - kelip mengikut isyarat yang diterima.

Ayuh!! kita mula berhuhu~ ~

Komponen  yang diperlukan.

  1. Arduino UNO - 2 set
  2. 433MHz Transmitter - Receiver - 1 set
  3. Jumper Wire - sesedap rasa
  4. Breadboard
  5. 9V Bateri (Petak) - 2 biji

Skematik Sambungan Litar

Sambungan pada Tx

Sambungan pada Rx

 Aturcara Arduino

Sebelum menulis aturcara, anda perlu memuat turun Arduino library yang membolehkan pengguna menghantar data ringkas tanpa melalui proses addressing, re-transmit dan juga acknowlegdement. Klik link dibawah dan paste folder VirtualWire ini ke dalam libraries Arduino.


Virtual Wire Arduino 

Aturcara pada Tx


#include <VirtualWire.h>
char *controller;
void setup()
{
  pinMode(13,OUTPUT);
  vw_set_ptt_inverted(true);
  vw_set_tx_pin(12);
  vw_setup(4000);
}

void loop()
{
  controller="1"  ;
  vw_send((uint8_t *)controller, strlen(controller));
  vw_wait_tx(); 
  digitalWrite(13,1);
  delay(2000);
  controller="0"  ;
  vw_send((uint8_t *)controller, strlen(controller));
  vw_wait_tx(); 
  digitalWrite(13,0);
  delay(2000);
}


Aturcara pada Rx


#include <VirtualWire.h>
 
void setup()
{
  vw_set_ptt_inverted(true);
  vw_set_rx_pin(12);
  vw_setup(4000); 
  pinMode(13, OUTPUT);
  vw_rx_start();     
}
  
void loop()
{
  uint8_t buf[VW_MAX_MESSAGE_LEN];
  uint8_t buflen = VW_MAX_MESSAGE_LEN;

    if (vw_get_message(buf, &buflen)){
      
       if(buf[0]=='1'){
         digitalWrite(13,1);
         }
   
      if(buf[0]=='0'){
         digitalWrite(13,0);
         }

      }
}

1 comment :

  1. Assalam pin 13 tu led kan?
    Tapi kenapa dalam litar receiver tiada led ?

    ReplyDelete