"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan TuhanMulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." - Surah Al-Alaq (1-5)

26/08/2015

Tutorial 4 - Motor Control - Forward & Reverse PART 1

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Pada kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas 2 kaedah yang biasa digunakan untuk mengawal motor. Yang dimaksudkan dengan mengawal di sini adalah motor membuat  rotasi hadapan (forward) dan juga rotasi ke belakang (reverse). Kaedah yang boleh digunakan adalah:
  1. Menggunakan 2 set litar geganti (relay)
  2. Menggunakan IC L293D (H-Bridge Motor Driver)
Untuk Bahagian 1 ini, saya akan menerangkan lebih lanjut cara kawalan motor menggunakan 2 set litar geganti. Terdapat beberapa kelemahan mengawal motor menggunakan litar geganti ini. Antaranya ialah:
  1. Kos litar geganti yang agak mahal.
  2. Hanya boleh mengawal arah rotasi sahaja, bukan kelajuan
 Ramai yang masih tidak faham tentang fungsi litar geganti. Litar geganti biasanya digunakan untuk menghidupkan satu litar yang lain (lebih dari 5V) apabila menerima isyarat dari Arduino.
Sebagai contoh, apabila saya ingin menghidupkan motor DC 12 Volt selepas sensor suhu (LM35) mengesan 40 darjah Celcius, saya memerlukan litar geganti. Ini kerana, Arduino hanya mengeluarkan isyarat 5V dan maksimum 40mA pada satu pin keluaran.

Mana mungkin dengan 5V dan current 40mA boleh menggerakkan satu motor 12V??!!

Dalam kes ini, litar geganti sangat sangat membantu. Isyarat yang dihantar oleh pin Arduino akan mengaktifkan litar geganti melalui transistor yang ada dalam litar tersebut.
Ramai juga yang bertanya pada saya, berapakah maksimum beban yang boleh diletakkan pada keluaran relay? Jawapannya mudah sahaja. Maksimum load yang boleh digunakan biasanya tertera pada badan komponen relay itu sendiri. Saya boleh katakan yang relay boleh menampung sehingga 240V AC / 10 A dan 30V DC / 10A. Besar tu.. Bukan setakat boleh nak hidupkan DC motor 12V,  nak hidupkan lampu pendaflour pun boleh!!

5V Relay
Terdapat beberapa jenis voltan untuk mengaktifkan coil yang ada pada relay. Ada 5VDC, 9VDC, 12VDC dan sebagainya.
Gambar di atas adalah komponen relay jenis 5VDC. Ramai pelajar yang terkeliru  dengan angka tersebut. Mereka ingatkan 5V adalah maksimum beban yang boleh digunakan. Tidak!! Ianya hanyalah nilai voltan yang perlu untuk mengaktifkan coil pada relay. Ini bermaksud, kita perlu letakkan +5VDC pada hujung terminal coil dan GROUND pada hujung yaang satu lagi. Itu sahaja.

Layout Pin Relay

Skematik Litar Geganti

Litar Kawalan Motor Mara Sonsang (Forward Reverse)