Showing posts with label relay. Show all posts
Showing posts with label relay. Show all posts

04 July 2017

Tutorial 15 - Kaedah Betul Menggunakan Relay Module


Hai! Hola! Apa khabar semua? Harap masih sihat walafiat semua. Masih dalam mood raya lagi ke tu? Takpe.. Teruskan aktiviti beraya anda. Raya kan sebulan.. Tapi pastikan anda maintain berat badan tu, jangan keje nak melantak free je.. Haha..

Memandangkan kita berada di musimperayaan, saya pun tak mahulah nak bercerita tentang benda-benda yang berat dan kompleks. Perkongsian saya kali ini ringan-ringan sahaja iaitu cara penyambungan yang betul di antara Arduino dengan relay module.

Apa itu relay module? Relay module ni adalah satu litar relay yang dah siap dan sedia untuk digunakan. Maksudnya, pengguna tidak perlu lagi nak solder, etching atau sebagainya. Pergi kedai, pilih mana yang berkenan, balik terus sambung ke Arduino dan load. Senang kerja! Namun terdapat banyak jenis relay module yang ada di pasaran. Ada 1 channel, 2 channel, 4 channel dan 8 channel. Channel ni bermaksud berapa banyak litar relay yang ada atas satu papan PCB yang sama. Jika kita beli 4 channel relay module, maksudnya ada 4 litar relay pada satu papan. Rujuk gambar di bawah.
4 Channel Relay

2 Channel Relay

Ok, baik! Sekarang kita dah kenal apa itu relay module. Sekarang kita belajar cara sambungan antara Arduino dengan relay module. Saya akan menggunakan 4 channel relay module sebagai contoh ya.. Kalau tak faham, cepat-cepat angkat tangan tau..

Jom!!

Jika diperhatikan pada pin-out di atas, anda akan dapati yang pin JD-VCC bersambung dengan pin VCC menggunakan 2.54mm header pin jumper (rujuk gambar di bawah). Jadi, akan timbul 2 persoalan untuk situasi ini.
  1. Bila kita perlu kekalkan sambungan ini?
  2. Bila perlu cabut jumper ini? 

2.54mm header pin jumper
Pilihan 1: Biarkan sahaja jumper ini bersambung antara pin JD-VCC dengan pin VCC

Jika anda untuk membiarkan sahaja jumper ini berada pada pin JD-VCC dengan pin VCC, bermakna anda telah memilih untuk menolak ciri keselamatan yang ada pada litar ini.

Tidaklah menjadi satu kesalahan atau berdosa jika anda membiarkan jumper ini, tapi kemungkinan besar litar relay dan juga load yang bersambung pada relay akan lebih terdedah kepada kerosakan. Namun jika anda bertegas untuk memilih kaedah ini, berikut adalah cara sambungannya.


Cara Sambungan dengan mengekalkan jumper

Pilihan 2: Cabut jumper

Ini adalah pilihan yang bijak dan boleh saya katakan, PALING TEPAT. Tahniah! Namun, jika anda memilih untuk guna kaedah ini, anda perlu menyediakan satu sumber bekalan kuasa yang lain. Sebagai contoh, jika saya nak menggunakan kaedah ini, saya akan stand-by DC Power Supply 5V untuk disambungkan pada pin JD-VCC nanti. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:


  1. Cabut header pin jumper yang menyambungkan pin JD-VCC dengan pin VCC
  2. Ambil kabel terminal positive DC power supply (+5V) dan sambungkan pada pin JD-VCC 
  3. Ambil kabel terminal negative DC power supply (0V) dan sambungkan pada pin GND
  4. Sambungkan kabel 5V pada papan Arduino dengan satu lagi pin VCC pada relay module
  5. Untuk pin IN1 hingga IN4, sambungkan pada mana - mana pin Arduino seperti yang anda telah assign di dalam coding


Gambar dibawah adalah contoh penyambungan antara DC Power Supply, relay module dan Arduino. Check-it out!

Pastikan pin GND Arduino tidak bersambung dengan mana - mana pin pada relay module

SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA


26 August 2015

Tutorial 4 - Motor Control - Forward & Reverse PART 1

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Pada kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas 2 kaedah yang biasa digunakan untuk mengawal motor. Yang dimaksudkan dengan mengawal di sini adalah motor membuat  rotasi hadapan (forward) dan juga rotasi ke belakang (reverse). Kaedah yang boleh digunakan adalah:
  1. Menggunakan 2 set litar geganti (relay)
  2. Menggunakan IC L293D (H-Bridge Motor Driver)
Untuk Bahagian 1 ini, saya akan menerangkan lebih lanjut cara kawalan motor menggunakan 2 set litar geganti. Terdapat beberapa kelemahan mengawal motor menggunakan litar geganti ini. Antaranya ialah:
  1. Kos litar geganti yang agak mahal.
  2. Hanya boleh mengawal arah rotasi sahaja, bukan kelajuan
 Ramai yang masih tidak faham tentang fungsi litar geganti. Litar geganti biasanya digunakan untuk menghidupkan satu litar yang lain (lebih dari 5V) apabila menerima isyarat dari Arduino.
Sebagai contoh, apabila saya ingin menghidupkan motor DC 12 Volt selepas sensor suhu (LM35) mengesan 40 darjah Celcius, saya memerlukan litar geganti. Ini kerana, Arduino hanya mengeluarkan isyarat 5V dan maksimum 40mA pada satu pin keluaran.

Mana mungkin dengan 5V dan current 40mA boleh menggerakkan satu motor 12V??!!

Dalam kes ini, litar geganti sangat sangat membantu. Isyarat yang dihantar oleh pin Arduino akan mengaktifkan litar geganti melalui transistor yang ada dalam litar tersebut.
Ramai juga yang bertanya pada saya, berapakah maksimum beban yang boleh diletakkan pada keluaran relay? Jawapannya mudah sahaja. Maksimum load yang boleh digunakan biasanya tertera pada badan komponen relay itu sendiri. Saya boleh katakan yang relay boleh menampung sehingga 240V AC / 10 A dan 30V DC / 10A. Besar tu.. Bukan setakat boleh nak hidupkan DC motor 12V,  nak hidupkan lampu pendaflour pun boleh!!

5V Relay
Terdapat beberapa jenis voltan untuk mengaktifkan coil yang ada pada relay. Ada 5VDC, 9VDC, 12VDC dan sebagainya.
Gambar di atas adalah komponen relay jenis 5VDC. Ramai pelajar yang terkeliru  dengan angka tersebut. Mereka ingatkan 5V adalah maksimum beban yang boleh digunakan. Tidak!! Ianya hanyalah nilai voltan yang perlu untuk mengaktifkan coil pada relay. Ini bermaksud, kita perlu letakkan +5VDC pada hujung terminal coil dan GROUND pada hujung yaang satu lagi. Itu sahaja.

Layout Pin Relay

Skematik Litar Geganti

Litar Kawalan Motor Mara Sonsang (Forward Reverse)