Hai! Hola! Apa khabar semua? Harap masih sihat walafiat semua. Masih dalam mood raya lagi ke tu? Takpe.. Teruskan aktiviti beraya anda. Raya kan sebulan.. Tapi pastikan anda maintain berat badan tu, jangan keje nak melantak free je.. Haha..
Memandangkan kita berada di musimperayaan, saya pun tak mahulah nak bercerita tentang benda-benda yang berat dan kompleks. Perkongsian saya kali ini ringan-ringan sahaja iaitu cara penyambungan yang betul di antara Arduino dengan relay module.
Apa itu relay module? Relay module ni adalah satu litar relay yang dah siap dan sedia untuk digunakan. Maksudnya, pengguna tidak perlu lagi nak solder, etching atau sebagainya. Pergi kedai, pilih mana yang berkenan, balik terus sambung ke Arduino dan load. Senang kerja! Namun terdapat banyak jenis relay module yang ada di pasaran. Ada 1 channel, 2 channel, 4 channel dan 8 channel. Channel ni bermaksud berapa banyak litar relay yang ada atas satu papan PCB yang sama. Jika kita beli 4 channel relay module, maksudnya ada 4 litar relay pada satu papan. Rujuk gambar di bawah.
4 Channel Relay |
2 Channel Relay |
Ok, baik! Sekarang kita dah kenal apa itu relay module. Sekarang kita belajar cara sambungan antara Arduino dengan relay module. Saya akan menggunakan 4 channel relay module sebagai contoh ya.. Kalau tak faham, cepat-cepat angkat tangan tau..
Jom!!
Jika diperhatikan pada pin-out di atas, anda akan dapati yang pin JD-VCC bersambung dengan pin VCC menggunakan 2.54mm header pin jumper (rujuk gambar di bawah). Jadi, akan timbul 2 persoalan untuk situasi ini.
- Bila kita perlu kekalkan sambungan ini?
- Bila perlu cabut jumper ini?
2.54mm header pin jumper |
Pilihan 1: Biarkan sahaja jumper ini bersambung antara pin JD-VCC dengan pin VCC
Jika anda untuk membiarkan sahaja jumper ini berada pada pin JD-VCC dengan pin VCC, bermakna anda telah memilih untuk menolak ciri keselamatan yang ada pada litar ini.
Tidaklah menjadi satu kesalahan atau berdosa jika anda membiarkan jumper ini, tapi kemungkinan besar litar relay dan juga load yang bersambung pada relay akan lebih terdedah kepada kerosakan. Namun jika anda bertegas untuk memilih kaedah ini, berikut adalah cara sambungannya.
Cara Sambungan dengan mengekalkan jumper |
Pilihan 2: Cabut jumper
Ini adalah pilihan yang bijak dan boleh saya katakan, PALING TEPAT. Tahniah! Namun, jika anda memilih untuk guna kaedah ini, anda perlu menyediakan satu sumber bekalan kuasa yang lain. Sebagai contoh, jika saya nak menggunakan kaedah ini, saya akan stand-by DC Power Supply 5V untuk disambungkan pada pin JD-VCC nanti. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
Gambar dibawah adalah contoh penyambungan antara DC Power Supply, relay module dan Arduino. Check-it out!
- Cabut header pin jumper yang menyambungkan pin JD-VCC dengan pin VCC
- Ambil kabel terminal positive DC power supply (+5V) dan sambungkan pada pin JD-VCC
- Ambil kabel terminal negative DC power supply (0V) dan sambungkan pada pin GND
- Sambungkan kabel 5V pada papan Arduino dengan satu lagi pin VCC pada relay module
- Untuk pin IN1 hingga IN4, sambungkan pada mana - mana pin Arduino seperti yang anda telah assign di dalam coding
Gambar dibawah adalah contoh penyambungan antara DC Power Supply, relay module dan Arduino. Check-it out!