28 March 2019

Tutorial 18 - Projek iOT (Blynk dan LED)


Apa khabar semua..? Dah lama rasanya saya tak bersiaran.. Ada yang rindu ke? Kalau ada, terharu pula saya.. Kalau tiada, "Ada aku kisah..???" Hahaha. Gurau - gurau je..

Baiklah, untuk entry kali ini, saya akan buat satu projek yang tgh trending buat masa ini. Terlalu banyak pertanyaan dan tempahan projek oleh pelajar kepada saya berkaitan projek ini. Jadi, kepada yang bertanya berkaitan projek 'Internet of Things', entry ini saya tujukan khas untuk anda.. Mmmmuaaahhh ciked kat kening...

Internet of Things atau lebih dikenali sebagai iOT adalah satu jenis teknologi baru (takdela baru sangat..) yang sedang pesat berkembang disebabkan pelancaran The Forth Industrial Revolution (IR 4.0) oleh pemain industri pada tahun 2016.. Antara tonggak utama dalam IR4.0 adalah iOT.

So, apa itu iOT?

Bahasa mudahnya, pengguna (kita) boleh mengawal peranti atau menerima sebarang bentuk informasi dari mana - mana peranti dengan syarat, peranti tersebut mestilah dihubungkan dengan internet.

Tak faham?

Macam ni.. Sebagai contoh:

Saya ingin mengawal lampu di rumah pada keadaan saya tidak berada di rumah (pergi kerja, shopping atau dating dengan awek).. Adalah amat mustahil untuk saya mengawal lampu rumah sewaktu saya tiada di rumah kan.. Jadi, dengan teknologi iOT ini, saya  mampu mengawal lampu rumah walaupun saya berada jauh di hujung dunia.. Tapi ada syarat dia.. Lampu itu kena bersambung dengan rangkaian internet. Tu je.. 

Hmmm.. alang - alang dah cerita pasal control lampu dari jauh, saya jadikan projek ini sebagai tutorial lah.. Ok kan?

Jadi, apa yang kita perlu ada untuk buat projek ini ialah:

  1. NodeMCU ESP8266 (Harga RM20-RM25)
  2. Telefon bimbit / telefon pintar (aplikasi Blynk)
  3. Breadboard
  4. LED / Relay
  5. Perintang 220 Ohm
  6. Jumper wire secukup rasa
NodeMCU ESP8266
Aplikasi Blynk pada telefon pintar (Android & iOS)
Cara - cara:
  • Create akaun pada aplikasi Blynk.. Kalau malas nak fikir, guna akaun Facebook pun boleh.. Takde masalah..

  • Pilih Create New Project, kemudian ikut gambar di bawah.

  • Tekan butang Create, nanti akan keluar notification yang mengatakan bahawa ada token telah dihantar kepada email anda. Simpan token itu elok - elok. Jangan buang pula.


  • Perhatikan pada telefon anda, akan keluar paparan seperti dibawah:

  • Klik icon + untuk ke Widget Box, pilih Button


  • Layout akan jadi macam ni.. Tekan widget Button tersebut.
Klik pada icon Button

Pada OUTPUT, pilih Digital dan D0
  • Finally, akan keluar macam ni..
Perhatikan, perkataan Button dah tukar ke SUIS, dan tertera pin D0

Next step adalah perkara paling senang, iaitu tulis coding!!! Hahaha. Tapi macam biasa, saya belanja coding.. Tuan - tuan dan Puan - puan hanya perlu edit sikit - sikit sahaja..


#define BLYNK_PRINT Serial
#include <ESP8266WiFi.h>
#include <BlynkSimpleEsp8266.h>

char auth[] = ".....";      // buka email, masukkan token yang anda dapat melalui email
char ssid[] = ".....";      // Nama hotspot anda.. Pada telefon anda, pada Setting, enable Personal Hotspot.
char pass[] = ".....";      // Password hotspot anda

void setup()
{
  Serial.begin(9600);
  Blynk.begin(auth, ssid, pass);
}

void loop()
{
  Blynk.run();
}

Sambung positive LED pada pin D0 dan negative LED pada GND.


Upload code di atas ke NodeMCU anda.

Hasilnya??



1 comment :